Pelawat: Penafian, Terma & Syarat

Pelawat: Penafian, Terma & Syarat

Pengenalan

Portal ini dinamakan UiTM Auxiliary Police System (UAPS). Portal ini dikendalikan oleh Pejabat Polis Bantuan UiTM bertujuan untuk memberi perkhidmatan secara interaktif kepada pelanggan sepanjang masa (24/7).

 

1) Dasar Penggunaan Portal

Merupakan panduan terma dan syarat yang perlu diikuti dan dipatuhi oleh pengguna. Portal ini mengandungi maklumat dan bahan yang dikumpulkan oleh Pejabat Polis Bantuan UiTM bagi tujuan rujukan dan penggunaan perkhidmatan secara interaktif. Dengan mengakses mana-mana bahagian dalam portal ini, pengguna dianggap sebagai menerima terma dan syarat di bawah sepenuhnya.

Pengguna

Bagi maksud portal ini, pengguna terdiri daripada pengguna berdaftar dan umum.Setiap pengguna berdaftar akan diberikan kata laluan apabila mendaftar.

Pengguna berdaftar adalah seperti berikut :

  • Pelajar UiTM
  • Staf UiTM
  • Pengurusan Tertinggi UiTM (Jawatankuasa Eksekutif)
  • Agensi Luar - Kementerian dan agensi kerajaan yang lain
  • Pembekal UiTM

Pengguna umum adalah orang awam seperti ibu bapa dan bakal pelajar dan lain-lain pengguna yang tidak memerlukan sebarang kata laluan untuk membuat capaian.

Had Tanggungjawab

UiTM tidak bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan atau exemplary, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain akibat daripada:

  • penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan ini
  • sebarang kos perkhidmatan atau gantian berkaitan data, maklumat atau perkhidmatan mesej yang diterima atau transaksi yang dibuat menerusi atau daripada portal ini
  • akses tanpa kebenaran atau perubahan dalam penghantaran atau data anda
  • kenyataan atau tindakan pihak ketiga di portal ini; atau
  • perkara-perkara lain yang berkaitan dengan portal ini
  • sebarang pemalsuan maklumat adalah dipertanggungjawabkan kepada pengguna
Pautan

UiTM boleh menyediakan pautan kepada portal yang lain. Laman-portal tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga dan oleh itu, UiTM tidak mempunyai kawalan ke atas laman dan sumber tersebut. Anda mengakui dan bersetuju bahawa UiTM tidak bertanggungjawab terhadap laman dan sumber luar tersebut dan tidak menyokong serta tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kandungan, iklan, produk atau bahan-bahan lain yang disediakan di laman dan sumber tersebut. Anda seterusnya mengakui dan bersetuju bahawa UiTM tidak bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, terhadap sebarang kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh atau dipercayai sebagai sebabnya atau dikaitkan dengan penggunaan atau pergantungan ke atas kandungan, barangan atau perkhidmatan yang disediakan atau menerusi laman atau sumber tersebut. Walau bagaimanapun, UiTM berhak untuk meminda mana-mana halaman dari pelayan yang disedari tidak mematuhi piawaian dan dasar UiTM.

Penamatan

UiTM boleh menamatkan akses anda ke mana-mana bahagian perkhidmatan atau seluruh perkhidmatan dan mana-mana perkhidmatan yang berkaitan pada bila-bila masa, dengan sebab atau tanpa sebab, dengan notis atau tanpa notis, dan berkuatkuasa serta-merta. UiTM boleh juga menamatkan atau menggantung akaun anda yang tidak aktif, iaitu, didefinisikan sebagai kegagalan untuk menggunakan perkhidmatan portal menerusi akaun tersebut bagi suatu tempoh tertentu. Anda bersetuju bahawa UiTM tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas penamatan akses kepada perkhidmatan tersebut.

Perubahan kepada Syarat-syarat Perkhidmatan

UiTM mempunyai hak untuk membuat perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini pada bila-bila masa dengan memberi notis terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, dalam keadaan kecemasan atau demi menjaga keselamatan portal atau dalam keadaan di luar kawalan, di mana UiTM mendapati perlunya untuk mengubah, mengubahsuai, membatal atau menambah syarat-syarat ini, UiTM boleh berbuat demikian tanpa notis terdahulu kepada anda. Adalah dipersetujui bahawa anda akan mengakses dan meneliti syarat-syarat ini dari semasa ke semasa u ntuk mengetahui sebarang perubahan, pengubahs uaian, pembatalan atau penambahan yang terkini. Anda selanjutnya bersetuju dan menerima bahawa akses secara berterusan dan penggunaan syarat-syarat (yang diubah atau diubahsuai dari semasa ke semasa) akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini.

Pengubahsuaian kepada Perkhidmatan

UiTM mempunyai hak untuk mengubahsuai atau menamatkan perkhidmatan (atau sebahagian daripada perkhidmatan) sama ada secara sementara atau tetap pada bila-bila masa dengan notis atau tanpa notis. Anda bersetuju bahawa UiTM tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas sebarang pengubahsuaian, penggantungan atau penamatan perkhidmatannya.

Umum

Tajuk-ajuk yang digunakan di bawah syarat-syarat ini hanya untuk rujukan dan tidak boleh diambilkira dalam tafsiran syarat-syarat ini. Sekiranya mana-mana peruntukan syarat-syarat ini menyalahi undang-undang atau tidak sah di sisi undang-undang atau peraturan-peraturan sekarang atau yang akan datang, peruntukan tersebut akan diasingkan dan syarat-syarat ini akan ditafsirkan seolah-olah peruntukan yang tidak sah itu tidak wujud dan syarat-syarat ini bersama-sama peruntukan lain hendaklah berkuatkuasa sepenuhnya tanpa dijejaskan oleh peruntukan yang menyalahi undang-undang atau yang tidak sah.

 

2) Dasar Privasi
Privasi anda

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengguna. Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti menghantar keputusan pelajar kepada PTPTN bagi menyemak kelayakan pinjaman pelajaran atau di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

Maklumat Yang Dikumpul - Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari portal ini kecuali maklumat yang anda kemukakan melalui penggunaan perkhidmatan portal ini.

Apa yang akan Berlaku jika Saya mencapai Pautan kepada Portal yang Lain?

Portal ini mempunyai pautan ke portal lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk portal ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa portal yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap portal yang dilayari.

Portal ini sekadar menyediakan pautan, dan UiTM tidak bertanggungjawab atas kesahihannya.

Pindaan Dasar

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sentiasa melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, kaedah bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

 

3) Dasar Keselamatan
Perlindungan Data

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Keselamatan Storan

Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

 

4) Dasar Hak Cipta dan Harta Intelek

Dokumentasi, teks elektronik dan fail imej, audio dan klip video, dan bahan-bahan lain adalah dilindungi oleh Akta Hak Cipta (pindaan)1997. UiTM mempunyai hak, termasuk hak menyalin semua data, imej, teks atau mana-mana informasi yang terkandung dalam portal ini.

 

Sekiranya anda memerlukan lebih banyak maklumat atau mempunyai pertanyaan mengenai penafian laman web kami, jangan ragu-ragu untuk menghubungi kami dengan klik disini!

 

Di kemaskini